Sunday, 8 December 2013

Jumaat Malam Sabtu Malam Ahad

Jumaat
6 Dec 2013

8.00pm : Lepak Khizanat sambil merakam video sesi dialog bersama Dr Muhaimin Sulam tentang tulisan baru beliau. Aku kecewa, tak sempat beli bukunya...

Khizanat tempat lepak yg best di Ipoh bagi peminat seni indie. Ada pengisian yg menarik sepanjang melepak disitu, membaca novel - novel indie sambil pekena meggi meat ball ngan float memang terbaik. Inzal taste bud aku.

10.45pm : Sambung lepak minum kat kedai bawah ofis sambil menonton maharajasarkas...

Sabtu
7 Dec 2013

9:40pm : Hantar sedikit sumbangan untuk mangsa banjir di pusat kutipan di Railway Ipoh. Aku donate selimut toto arwah mak aku yg masih cantik dalam bekasnya, baju - baju anak aku yg terbaik dipilih oleh pengkritik fesyen terkenal, bini aku dan satu bungkus maggi ayam dan nescafe 3 in 1. Itu sahaja yg aku mampu sumbangkan...kalau aku kaya....konfim aku tak buat perangai celaka ahli politik negara...

Semacam pesta aku tengok, dan paling menyakitkan suasana, ultras joget sambil bakar suar...bodoh amat! Semua mabuk shandy ape nak berjoget kat tempat rekreasi...kalau kat Taman Dr boleh maap lagi, kot ade team Div 3 Ipoh punya game...

10.40pm : Datang ofis kemudian pulang kecewa. Namun aku tidak boleh berputus asa. Aku nak pergi jauh, aku tak boleh harapkan orang lain yang laksanakan untuk aku, aku kena terus berusaha dan terus berusaha...

Perhatian : Sekarang musim banjir, hati - hati terhadap monyet - monyet gila bergambar sambil menyerah sekampit beras kepada mangsa tak kira dari puak/suku monyet mana...


Thursday, 5 December 2013

Berita Basi


Salam sejahtera,

Berita Utama...

Kejadian banjir yang amat teruk di kawasan Pantai Timur dan Selatan Tanah Air amat membimbangkan, kita harap tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan...

Berita Selanjutnya,

Kini beribu - biru ahli sedang bersidang di Kuala Lumpur, gegak gempita melaungkan semangat satu melayu dengan harapan melayu kembali bersatu dan tidak berpecah belah...

"Dengan bersatu, peduli hapa segala barang yang naik, janji bersatu kita bersatu!"...Encik Saipan bin Kordi, perwakilan dari barat tanah air.

Sementara itu, di pihak satu lagi seperti biasa, ahli - ahlinya sedang sibuk membuat teknik 'photoshop' terkini lagi sensasi untuk menambah pedih luka rakyat marhein terhadap kecantikan dan juga kepandaian pak Menteri kita mentadbir negara...

Temubual di lokasi,
"Macai ni sama je kalau nak, baik dari pemerintah wahupun dari pembangkang, dua2 bangang...NATO! no action talk only, buat dosa je, dua2 nak menjatuhkan negara!, LIKE komen saya akan dapat 100x5 kuasa 2 pahala tau!" ujar Faizal Musa, penggangur tua dari bandaraya Ipoh...

Iklan

GST!GST! demi kebaikan anda!

Berita Sukan,

Pasukan Hariharimau Malaya semakin mantap dengan eksperimen coach Rajabebal dan anak buahnya...
"Kalau U all tak suka sama saya punya selection, U boley sokong Belize sana, ranking diaworang lagi bagus dari kita, saya ta' paduli apa itu ranking...FIFA itu apa a? jersey punya brand ka?"...sambil mengukir tanda X pada rambut anak midfield terhebat beliau...








Sarkas politik Malaysia vs Maharaja Lawak Mega

24.11.2013
Jumaat 5:00 pm

Hari - hari scroll fb selalu sangat cerita sarkas ahli politik Malaysia...kalah Maharaja Lawak Mega

05.12.2013

Khamis 3.22 am

Belum sempat nak habiskan entri di atas, sekali lagi kita dihiburkan dengan kelakuan umpama haiwan di Parlimen.

Kebabian apakah ini?

Hentikanlah membabi buta membabikan orang lain kerana anda juga akan dibabikan sepertimana mereka yang telah anda babikan...

adabi....