Monday, 16 June 2014

Rangkuman 6 Bulan Pertama 2014

Aku tulis yang mana aku ingatlah, kalau tak ingat lepas ni aku makan kismis minda atau cekelat minda, doa makan atau ngaji Quran tak payah, cukup je kismis dengan cekelat.

Januari

Aku naik tingkat dua Kompleks Greentown Mall Ipoh ( kini Angsana ) daftar perniagaan

PHOBTIC GRAPHY

- Menyediakan perkhidmatan fotografi dan videografi
- Menjual Kamera dan Aksesori ( Aku main belasah letak je )


Februari

Tak ingat banyak, cuma ofis semakin menunjukkan penutupan operasinya
Aku memberi kata putus kepada partner yang kini ex partner aku melalui sekajang karangan via mesej Facebook.


Mac

Tugasan pertama Phobtic Graphy musim cuti sekolah, bertatih kembali mencipta nama.
Kenal seorang pelajar KPTM berasal dari Perlis, katanya boleh buat video melalui DSLR, aku ajak dia join aku.

Kehilangan MH370

Aku contribute dengan membantu Kamal Sabran membikin short film tentang MH370. Anak dan istriku sebagai pelakonnya.

Mengenali Butik Tepak Sireh yang hurmmmm....


April

Secara rasmi aku keluar dari kedai a.k.a ofis aku. Gagal, aku kerugian :

- Sebuah kereta Perodua Kelisa
- Peralatan ruang tamu aku
- Deposit kedai dan lain - lain.

TAPI, aku capai satu kejayaan, iaitu pengalaman yang sangat berharga.


Mei

Bulan Malang aku

Tempoh perang dingin dengan sifu/mentor aku dalam bidang fotografi. Mahaguru Cici.

Buat job video sukan tadika anak aku, bersama Zarul student KPTM tu, video yang dia capture hancor lebur. Tahap pakai kamera handphone lagi cantik. Aku kerugian, tapi aku mendapat satu pengalaman berharga dan aku ceraikan dia dengan kata - kata berharga.

Aku janji nak pulangkan deposit RM400 kepada pengetua Puan Mohanita Aznita, namun masalah kekangan kewangan aku terpaksa tangguhkan dahulu. Maaf ya puan, saya janji saya akan pulangkan, terima kasih kerana memahami.

Zai, tokeh kepada Butik Tepak Sireh membuat perangai bangsat. Allah swt sahaja yang tahu. Sekurang-kurangnya aku tidak lagi berurusan dengannya.


Jun

Amy mula memberi kepercayaan kepadaku membuat fotografi pelanggan2nya. Sekurang-kurangnya ada juga satu butik perkahwinan yang selesa dengan kerja aku.

Mula rapat dengan Fahmifoto dan beliau kembali menjernihkan hubungan aku dengan Mahaguru Cici.

Job fotografi wedding RM6k yang hanyalah tender terbuka, kat Penang yob, kau ingat kat Johor boleh main - main kroni...kahkahkah.

Cadbury terkenal seantero Malaysia

Piala Doonia semua iniiiii...........


Ada yang aku lupa dan ada yang aku malas nak tulis, ni pun ada tiga buat custom album yang perlu aku siapkan.