Aku tulis yang mana aku ingatlah, kalau tak ingat lepas ni aku makan kismis minda atau cekelat minda, doa makan atau ngaji Quran tak payah, cukup je kismis dengan cekelat.
Januari
Aku naik tingkat dua Kompleks Greentown Mall Ipoh ( kini Angsana ) daftar perniagaan
PHOBTIC GRAPHY
- Menyediakan perkhidmatan fotografi dan videografi
- Menjual Kamera dan Aksesori ( Aku main belasah letak je )
Februari
Tak ingat banyak, cuma ofis semakin menunjukkan penutupan operasinya
Aku memberi kata putus kepada partner yang kini ex partner aku melalui sekajang karangan via mesej Facebook.
Mac
Tugasan pertama Phobtic Graphy musim cuti sekolah, bertatih kembali mencipta nama.
Kenal seorang pelajar KPTM berasal dari Perlis, katanya boleh buat video melalui DSLR, aku ajak dia join aku.
Kehilangan MH370
Aku contribute dengan membantu Kamal Sabran membikin short film tentang MH370. Anak dan istriku sebagai pelakonnya.
Mengenali Butik Tepak Sireh yang hurmmmm....
April
Secara rasmi aku keluar dari kedai a.k.a ofis aku. Gagal, aku kerugian :
- Sebuah kereta Perodua Kelisa
- Peralatan ruang tamu aku
- Deposit kedai dan lain - lain.
TAPI, aku capai satu kejayaan, iaitu pengalaman yang sangat berharga.
Mei
Bulan Malang aku
Tempoh perang dingin dengan sifu/mentor aku dalam bidang fotografi. Mahaguru Cici.
Buat job video sukan tadika anak aku, bersama Zarul student KPTM tu, video yang dia capture hancor lebur. Tahap pakai kamera handphone lagi cantik. Aku kerugian, tapi aku mendapat satu pengalaman berharga dan aku ceraikan dia dengan kata - kata berharga.
Aku janji nak pulangkan deposit RM400 kepada pengetua Puan Mohanita Aznita, namun masalah kekangan kewangan aku terpaksa tangguhkan dahulu. Maaf ya puan, saya janji saya akan pulangkan, terima kasih kerana memahami.
Zai, tokeh kepada Butik Tepak Sireh membuat perangai bangsat. Allah swt sahaja yang tahu. Sekurang-kurangnya aku tidak lagi berurusan dengannya.
Jun
Amy mula memberi kepercayaan kepadaku membuat fotografi pelanggan2nya. Sekurang-kurangnya ada juga satu butik perkahwinan yang selesa dengan kerja aku.
Mula rapat dengan Fahmifoto dan beliau kembali menjernihkan hubungan aku dengan Mahaguru Cici.
Job fotografi wedding RM6k yang hanyalah tender terbuka, kat Penang yob, kau ingat kat Johor boleh main - main kroni...kahkahkah.
Cadbury terkenal seantero Malaysia
Piala Doonia semua iniiiii...........
Ada yang aku lupa dan ada yang aku malas nak tulis, ni pun ada tiga buat custom album yang perlu aku siapkan.
I.poh La.d
Merepek kerepek kehidupan
Monday, 16 June 2014
Sunday, 8 December 2013
Jumaat Malam Sabtu Malam Ahad
Jumaat
6 Dec 2013
8.00pm : Lepak Khizanat sambil merakam video sesi dialog bersama Dr Muhaimin Sulam tentang tulisan baru beliau. Aku kecewa, tak sempat beli bukunya...
Khizanat tempat lepak yg best di Ipoh bagi peminat seni indie. Ada pengisian yg menarik sepanjang melepak disitu, membaca novel - novel indie sambil pekena meggi meat ball ngan float memang terbaik. Inzal taste bud aku.
10.45pm : Sambung lepak minum kat kedai bawah ofis sambil menonton maharajasarkas...
Sabtu
7 Dec 2013
9:40pm : Hantar sedikit sumbangan untuk mangsa banjir di pusat kutipan di Railway Ipoh. Aku donate selimut toto arwah mak aku yg masih cantik dalam bekasnya, baju - baju anak aku yg terbaik dipilih oleh pengkritik fesyen terkenal, bini aku dan satu bungkus maggi ayam dan nescafe 3 in 1. Itu sahaja yg aku mampu sumbangkan...kalau aku kaya....konfim aku tak buat perangai celaka ahli politik negara...
Semacam pesta aku tengok, dan paling menyakitkan suasana, ultras joget sambil bakar suar...bodoh amat! Semua mabuk shandy ape nak berjoget kat tempat rekreasi...kalau kat Taman Dr boleh maap lagi, kot ade team Div 3 Ipoh punya game...
10.40pm : Datang ofis kemudian pulang kecewa. Namun aku tidak boleh berputus asa. Aku nak pergi jauh, aku tak boleh harapkan orang lain yang laksanakan untuk aku, aku kena terus berusaha dan terus berusaha...
Perhatian : Sekarang musim banjir, hati - hati terhadap monyet - monyet gila bergambar sambil menyerah sekampit beras kepada mangsa tak kira dari puak/suku monyet mana...

Thursday, 5 December 2013
Berita Basi
Salam sejahtera,
Berita Utama...
Kejadian banjir yang amat teruk di kawasan Pantai Timur dan Selatan Tanah Air amat membimbangkan, kita harap tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan...
Berita Selanjutnya,
Kini beribu - biru ahli sedang bersidang di Kuala Lumpur, gegak gempita melaungkan semangat satu melayu dengan harapan melayu kembali bersatu dan tidak berpecah belah...
"Dengan bersatu, peduli hapa segala barang yang naik, janji bersatu kita bersatu!"...Encik Saipan bin Kordi, perwakilan dari barat tanah air.
Sementara itu, di pihak satu lagi seperti biasa, ahli - ahlinya sedang sibuk membuat teknik 'photoshop' terkini lagi sensasi untuk menambah pedih luka rakyat marhein terhadap kecantikan dan juga kepandaian pak Menteri kita mentadbir negara...
Temubual di lokasi,
"Macai ni sama je kalau nak, baik dari pemerintah wahupun dari pembangkang, dua2 bangang...NATO! no action talk only, buat dosa je, dua2 nak menjatuhkan negara!, LIKE komen saya akan dapat 100x5 kuasa 2 pahala tau!" ujar Faizal Musa, penggangur tua dari bandaraya Ipoh...
Iklan
GST!GST! demi kebaikan anda!
Berita Sukan,
Pasukan Hariharimau Malaya semakin mantap dengan eksperimen coach Rajabebal dan anak buahnya...
"Kalau U all tak suka sama saya punya selection, U boley sokong Belize sana, ranking diaworang lagi bagus dari kita, saya ta' paduli apa itu ranking...FIFA itu apa a? jersey punya brand ka?"...sambil mengukir tanda X pada rambut
Sarkas politik Malaysia vs Maharaja Lawak Mega
24.11.2013
Jumaat 5:00 pm
Hari - hari scroll fb selalu sangat cerita sarkas ahli politik Malaysia...kalah Maharaja Lawak Mega
05.12.2013
Khamis 3.22 am
Belum sempat nak habiskan entri di atas, sekali lagi kita dihiburkan dengan kelakuan umpama haiwan di Parlimen.
Kebabian apakah ini?
Hentikanlah membabi buta membabikan orang lain kerana anda juga akan dibabikan sepertimana mereka yang telah anda babikan...
adabi....

Friday, 15 November 2013
Rangkuman November ini
Agak lama tak update blog, jadi aku buat rangkuman :
November 2013
Jual Perodua Kelisa AFW7740 untuk buat modal meniaga/buka studio, Nissan Sunny teman pengganti.
Kena chickenpox selama dua minggu, agak teruk di bahagian muka.
Anak aku jatuh dari katil tinggi, (4') dan retak bahagian tengah tulang hidungnya.
Seorang videographer otai bengang dengan aku sebab tak datang hari persandingan client dia.
Barang tetap naik, kes tembak menembak makin menjadi - jadi umpama hobi masa lapang.
Sidang dewan rakyat di Parlimen tetap seperti badut - badut sarkas, dipilih untuk menjadi badut bukan untuk membentangkan dasar.

Thursday, 17 October 2013
Thursday Blues
4.37pm
Hujan sudah reda, tengahari tadi aku masak daging masak hitam, daging korban Aidiladha.
Aku dah letak air asam jawa banyak sangat, kureng...
Tapi bini dan anak aku steady je bedal, siap tambah lagi...
Aku senyum puas, macam lepas bersenggama melihat diorang selera makan masakan aku...
Sekarang perut lapar, lapar cucur dan kopi panas...
Tapi aku tahan, sebab aku nak tunggu harga tepung dan kopi naik lagi,
baru lebih nikmat dan paling penting,
baru aku tahu nak bersyukur dengan kerajaan yang memahami kehendak marhaen seperti aku...
Esok dan Sabtu aku ada job videografi, tapi follow orang je, bukan 'job' sendiri...
kalau 'job' aku sendiri aku akan bagitahu awal - awal kepada client aku yang aku akan kenakan GST 8%...
Alasan?
aku sangat prihatin dan sangat sayangkan kerajaan Barisan Nasional...khalas!
Selingan :
"Sekarang jangan main - main dengan nama Allah tau!, Allah tu hanya untuk orang Islam sahaja, FAHAM tak BRO!"...Ujar pejuang melayu sejati (nama dirahsiakan) sambil menyedut rokok tatkala orang lain sedang berjemaah di masjid di waktu Asar yang blues ini...dan aku turut sama terlewat untuk ke surau disebabkan keprihatinan beliau...
(Selingan ini hanya dakyah politik, jangan percaya! kalau percaya kena jumpa pejuang tegar melayu terulung untuk membuat permohonan maaf secara langsung di masjid berhampiran)

Monday, 14 October 2013
Setia Hujung Minggu
13.10.2013
Isteri demam dan sakit perut
Aku buat kerja rumah satu hari suntuk
Anak aku nakal tahap kena kerengga satu badan tak boleh diamnya
Petang,
orang dari pejabat kesihatan datang buat 'spot check' Denggi...
Satu pegawai, berbangsa sikh,
aku kenal sangat dengan dia sebab dia selalu berurusan dengan aku di pejabat pos dahulu...
Agak sombong berbanding berjumpa di kaunter dulu,
nampak tak permainannya?
Ramah sebab perlukan aku, untuk siapkan urusannya...
di luar, aku senyum pun macam tak mahu layan...
Aku bukan nak rasis, malah aku anti rasis, tapi sikap macam ni ada di mana - mana...
Tapi yang paling aku hormat, pelanggan dari Tanah Tinggi Cameron Highlands,
jumpa kat mana - mana pun
diorang tegur aku, terasa aku ni macam YB, di hargai...
Nampak diorang bukan setakat menganggap aku sebagai kerani pejabat, tetapi sebagai kawan...
Sedih betui entri kali ni, kualiti sama macam drama melayu...cliche'
Aku kena keluar dari rumah macam ni, 'adventure time', kalau tak entri tetap macam sampah...
semua orang boleh cerita pasal seharian di rumah ye dak?

Subscribe to:
Comments (Atom)