Monday, 14 October 2013

Setia Hujung Minggu

13.10.2013

Isteri demam dan sakit perut
Aku buat kerja rumah satu hari suntuk
Anak aku nakal tahap kena kerengga satu badan tak boleh diamnya
Petang,
orang dari pejabat kesihatan datang buat 'spot check' Denggi...

Satu pegawai, berbangsa sikh,
aku kenal sangat dengan dia sebab dia selalu berurusan dengan aku di pejabat pos dahulu...
Agak sombong berbanding berjumpa di kaunter dulu,
nampak tak permainannya?
Ramah sebab perlukan aku, untuk siapkan urusannya...
di luar, aku senyum pun macam tak mahu layan...

Aku bukan nak rasis, malah aku anti rasis, tapi sikap macam ni ada di mana - mana...
Tapi yang paling aku hormat, pelanggan dari Tanah Tinggi Cameron Highlands,
jumpa kat mana - mana pun
diorang tegur aku, terasa aku ni macam YB, di hargai...

Nampak diorang bukan setakat menganggap aku sebagai kerani pejabat, tetapi sebagai kawan...

Sedih betui entri kali ni, kualiti sama macam drama melayu...cliche'

Aku kena keluar dari rumah macam ni, 'adventure time', kalau tak entri tetap macam sampah...
semua orang boleh cerita pasal seharian di rumah ye dak?


No comments:

Post a Comment